Jangkitan
virus mengambil masa untuk pulih, begitu juga 'penyakit' perbalahan dan meneka
warna gambar baju#TheDressyang masih lagiviraldi media sosial.
Teka-teki warna baju yangviraldi media sosial denganhashtagThe Dress terus trending buat hari ketiga hari ini.
Pada hari ketiga, seorang ahli fizik, Dr. Paul Coxon ditanya mengenai kenapa setengah orang melihat ia sebagai warna biru hitam manakala ada juga nampak putih emas.
Dalam nada menyindir, Coxon menerusi akaunTwitter-nyamenyatakan ini mungkin pertama kali seorang ahli fizik diperlukan untuk memberi pandangannya dalam bidang fesyen.

Di
laman web Mashable, lima orang memberi pandangan mereka mengikut kepakaran
masing-masing, kenapa ada yang melihat baju itu dengan warna yang berbeza?
Seorang saintis neuro, Bevil Conway menyatakan apa yang berlaku ialah sistem penglihatan seseorang tidak menitik berat pada warna tertentu.
Saintis penglihatan, Bart Anderson dari Universiti Sydney menyatakan seseorang mungkin mempunyai anggaran yang berbeza dalam keseimbangan warna.
Manakala seorang lagi saintis penglihatan menyatakan perbezaan terjadi kerana gambar pada pakaian itu diterangi.
Apapun, penjelasan oleh penyunting gambar dan pakar grafik lebih mudah untuk difahami.
Menurut seorang penyunting gambar, kecerahan pada foto baju ini terlampau tinggi.
Tweet yang popular adalah daripada artis reka letak 3D Disney Animation, Tyler Kupferer.
Baginya, otak menggunakan objek yang biasa dilihat untuk menentukan ruang warna namun foto yang dikongsi itu tidak mempunyainya.
Jelasnya lagi, dalam gambar itu tiada manusia, kad penentukuran warna atau objek yang biasa dilihat dalam gambar itu, menyebabkan kita tidak mempunyai cara untuk mengetahui cahaya yang membayangi objek itu.

Warga Awani turut berbalah mengenai warna baju itu di bilik berita.
Ada pihak yang dapat melihat warna sebenar baju itu manakala ada yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.
sumber: Berita Awani
Post a Comment Blogger Facebook