Ada yang memanggilnya dengan panggilan ‘Tiub Joget’.Ada juga yang
memanggilnya ‘Patung Angin’ kerana menggunakan sumber angin yang kuat untuk
membolehkannya teguh berdiri.Di barat,ia terkenal dengan jolokan ‘Dancing
Noodle’.Apa apa pun,tiada nama khusus untuk patung angin yang seakan akan
berjoget ini.
Anda tentu pernah melihat ‘Dancing Noodle’ yang selalunya terdapat di
pasaraya,konsert,tempat parking kereta dan juga di kedai-kedai makan yang
digunakan bagi tujuan menarik perhatian ramai.Ianya tinggi,berbentuk sepert
tiub dengan sepasang tangan dan ‘wajah’ yang comel,dikuasakan menggunakan
sumber angin dari bawah yang membolehkan badannya seakan ‘melambai-lambai’
turun naik kiri kanan. Kanak-kanak semestinya terhibur dengan patung tiub
ini.Pernahkah anda terfikir,siapa yang mencipta patung angin unik ini?
Segala-galanya bermula
dari seorang lelaki bernama Peter Minshall yang berasal daripada Trinidad &
Tobago.Minshall terkenal di Trinidad sebagai seorang artis seni yang telah
mencipta banyak hasil seni yang menarik yang digunakan khususnya ketika
sambutan atau karnival besar-besaran.Dia yang telah mengilhamkan Dancing Noodle
yang telah pertama kalinya dipertontonkan kepada umum ketika Sukan Olimpik di
Atlanta pada tahun 1996.
Pada tahun 1995,dia
telah diupah untuk mencipta sesuatu yang akan ditayangkan ketika majlis
pembukaan Sukan Olimpik Atlanta yang akan berlangsung pada tahun
berikutnya.Selepas beberapa siri percubaan,dia telah mendapat idea yang menarik
dengan menggunakan satu tiub besar di mana tapaknya disokong oleh dua sumber
tenaga angin yang kuat.Minshall memanggilnya ‘Tall Boys’ kerana strukturnya
yang tinggi.Bagi merealisasikan idea unik ini,Minshall mendapatkan bantuan
daripada seorang artis seni berbangsa Israel yang bernama Doron Gazit.
Selepas tamatnya Sukan
Olimpik tersebut,Gazit telah mempatenkan patung angin unik tersebut yang dia
panggil sebagai ‘Fly Guys’.Hal ini menimbulkan sedikit ketegangan di antara
Minshall dan Gazit.Namun kemudiannya,Dancing Noodle telah diciplak dengan
banyaknya dan terdapat di merata-rata tempat di seluruh dunia.
p/s: Selain digunakan
sebagai daya tarikan,Dancing Noodle atau juga dikenali sebagai Air Dancer
ini,digunakan di ladang-ladang pertanian di barat sebagai alat untuk menghalau
burung-burung perosak tanaman.
Post a Comment Blogger Facebook