Tiada
pengalaman yang lebih menakutkan daripada ditanam hidup-hidup di dalam tanah.Si
penanam pula merupakan suami sendiri yang menyangka si isteri telah meninggal
dunia.Telah banyak cerita begini yang kita dengar namun kesahihannya
dipertikai.Mungkin cerita rekaan semata-mata.Namun cerita yang kami sajikan
untuk anda kali ini benar-benar berlaku kepada Octavia Smith Hatcher.
Di
penghujung tahun 1800, di Pikeville, sebuah pekan kecil di dalam wilayah
Kentucky, tersebarnya satu penyakit misteri yang telah meragut banyak nyawa di
sana. Ia telah menyebabkan kematian ramai orang dan sasarannya merupakan
golongan muda.Antara mangsanya merupakan seorang bayi lelaki kecil yang bernama
Jacob Hatcher.Jacob merupakan anak kepada Octavia Smith Hatcher.Jacob jatuh
sakit dan disahkan mati pada Januari 1881.
Kesedihan
seorang ibu yang kehilangan anak sudah tentu tak dapat digambarkan.Octavia
menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan setelah kematian Jacob.Tidak lama
kemudian,Octavia jatuh sakit dan koma akibat daripada krisis kemurungannya
itu.Pada bulan Mei tahun yang sama,suami Octavia telah menjemput seorang doktor
bagi mengesahkan status kesihatan isterinya.Setibanya si doktor di sana, dia
mengesahkan bahawa Octavia telah meninggal dunia tanpa sebab yang pasti.
Pada
awalnya,si suami berniat ingin mengawet mayat Octavia namun ia bukanlah satu
amalan kebiasan masyarakat di situ.Kebetulan pula waktu itu merupakan musim
panas,Octavia segera ditanam.Selepas peristiwa kematian Octavia,ramai penduduk
setempat mula jatuh sakit dan koma sama seperti keadaan yang pernah dialami
Octavia.Namun bezanya,setelah beberapa ketika,mereka tersedar dari koma dan
sihat seperti sedia kala.
Berasa
seperti ada sesuatu yang tidak kena,suami Octavia lantas mendapatkan beberapa
penggali kubur bagi menggali kembali kubur isterinya.Setelah digali,apa yang
dilihatnya cukup memeranjatkan.Keadaan di dalam keranda cukup aneh.Terdapat
kesan cakaran dan beberapa tempat telah pecah seperti si ‘mayat’ cuba menolak
untuk keluar dari keranda.Seketika itu,barulah si suami sedar bahawa di saat
Octavia ditanam,dia masih dalam keadaan bernyawa.Namun akibat ketakutan dan
kekurangan oksigen,akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam
keadaan yang menyayat hati.
Setelah
kejadian tersebut, suami Octavia mengebumikan kembali isterinya yang kali ini
benar-benar telah menjadi mayat.Bagi mengingati kejadian ini,si suami lantas
membina sebuah monumen di atas kubur isterinya yang masih dapat dilihat
sehingga ke hari ini.
Post a Comment Blogger Facebook