Dunia makin
pelik.Terbaru,ada satu kumpulan yang menjalankan perniagaan menghidupkan orang
yang telah mati.Agak terkejut juga kami membaca cerita ini pada mulanya.Tidak
tahu sejauh mana kebenaran dakwaan sorang mamat ni yang mendakwa mampu
menghidupkan kembali orang yang telah mati dengan caj bayaran yang tertentu.
Menggelar diri mereka
sebagai Dead Raising Team(DRT), merupakan satu kumpulan anak muda penganut
kristian yang mendakwa mereka mampu menghidupkan orang mati hanya melalui kuasa
doa.Boleh percaya ke?
Kumpulan DRT ini diketuai oleh Tyler Johnson, yang
mendakwa telah menghidupkan 13 orang mati dengan hanya berdoa.Kisah ini telah
didokumentarikan oleh sebuah stesen televisyen yang memaparkan beberapa siri
temubual bersama Tyler dan ahli kumpulan DRT.
Menurut Tyler,dia menyedari mempunyai ‘kelebihan’
tersebut apabila pada suatu hari ketika duduk bersantai bersama
keluarga,ayahnya tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri dan denyutan jantungnya
berhenti.Menurut Tyler,dia tidak putus berdoa pada saat itu dan tidak lama
kemudian,ayahnya kembali bernafas dan hidup seperti sedia kala.Namun, dalam
dokumentari tersebut tidak memaparkan sebarang aktiviti menghidupkan orang mati
yang dilakukan oleh Tyler dan kumpulannya.
Menurut Tyler lagi,di dalam kitab Bible ada menyebut
bahawa setiap manusia diberi ‘anugerah’(menghidupkan orang mati) tersebut.Salah
satu misi utama Tyler adalah untuk menjelajah ke seluruh dunia dan mengajar
manusia teknik bagaimana untuk memberi kembali kehidupan pada yang telah mati.
Persoalan utamanya,benarkah Tyler dan kumpulannya
benar-benar mampu melakukannya?
Post a Comment Blogger Facebook