Imej yang disiarkan pihak Nasa ini menunjukkan lubang yang digali oleh Curiosity untuk mengambil sampel batu disatu kawasan di Planet Marikh |
WASHINGTON – Sebuah
robot penjelajah Marikh, Curiosity berjaya menemui gas metana yang biasanya
dihasilkan oleh kehidupan biologi, sekali gus menjadi bukti pertama kewujudan
kehidupan luar dari Bumi.
Kewujudan gas metana
yang dikesan oleh robot penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa
Lepas Kebangsaan (NASA) itu mungkin terhasil daripada bakteria berbanding
kebanyakkan gas metana di bumi yang wujud dari pelbagai sisa dihasilkan oleh
organisme hidup.
Curiosity sebelum ini
menemui kewujudan air dalam tanah halus di Marikh yang merupakan sumber penting
kepada kehidupan.
“Apa yang menariknya
disini ialah kewujudan gas metana itu berlaku secara berterusan,” kata Dr. Paul
Mahaffy dari NASA.
Ujarnya, para saintis
belum boleh membuat sebarang kesimpulan berhubung penemuan tersebut tetapi
mereka yakin satu bukti yang kukuh akan dijumpai nanti.
“Kami masih terbuka
dengan semua kemungkinan. Penemuan ini mungkin menunjukkan adanya kehidupan
atau bukti gas metana yang terperangkap yang dihasilkan oleh kehidupan
terdahulu.
“Lebih menarik lagi,
penemuan ini menunjukkan gas mentana ini berasal daripada sumber di planet
itu,” jelasnya.
Menurutnya, NASA perlu
menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk menguji tahap isotop bagi
membuktikan bahawa gas metana itu terhasil daripada sumber biologi yang wujud
di planet tersebut.
Curiosity yang
dilancarkan pada November 2011 berjaya mendarat di Marikh pada Ogos 2012 dalam
misi mencari bukti kehidupan di planet merah berkenaan. – Agensi
Post a Comment Blogger Facebook