Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: Pulau Hashima Pulau Terbiar Yang Menyeramkan Di Jepun
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
Berkeluasan 60,000 meter persegi dan berbentuk seperti sebuah kapal perang,Pulau Hashima atau lebih dikenali sebagai ‘Gunkanjima’ di kalang...
Berkeluasan 60,000 meter persegi dan berbentuk seperti sebuah kapal perang,Pulau Hashima atau lebih dikenali sebagai ‘Gunkanjima’ di kalangan penduduk Jepun yang membawa maksud ‘Battleship Island’,dahulunya merupakan sebuah penempatan bagi ribuan pekerja lombong arang batu di Jepun.








Berpenghuni selama lebih 20 tahun bermula pada tahun 1950 sebelum ditutup pada 1974 akibat kejatuhan permintaan terhadap arang batu,pulau itu mula sepi apabila penduduknya mula keluar mencari sumber pendapatan lain di bandar-bandar besar.Penemuan petroleum sebagai sumber bahan bakar merupakan faktor yang menyumbang kepada kejatuhan permintaan terhadap arang batu selepas perang dunia kedua.
Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal.

Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong arang batu telah menjadikan tempat ini seperti sebuah pulau yang paling terpencil di bumi. Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem, Pulau Hashima sebelumnya pernah menjadi tajuk berita utama pada tahun 2008 apabila sebuah organisasi  mengusulkan agar Pulau Hashima diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia.

Pulau Hashima ditutup untuk umum sehingga pada tahun 2009 pelancong mula dibenarkan untuk mengunjunginya. Walaupun begitu, tidak ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana selain mengamati runtuhan suasana menakutkan yang ternyata mempunyai daya tarikan tersendiri. Pulau Hashima kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu yang amat menyeramkan dengan bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula memenuhi kawasan sekitarnya.











Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top