Bila sebut berkenaan harta karun,mungkin ramai
yang tak percaya atau ragu-ragu akan kewujudannya.Tapi setelah kami membaca
artikel yang dipetik daripada militaryofmalaysia.net ni,minda kami berasa lebih
terbuka dan ada benar dan logiknya nya apa yang diperkatakan oleh
penulis.Ya,negara kita memang kaya dengan harta karun! Itu hakikatnya. Tanpa
membuang masa,jom kita sama-sama baca kembali artikel yang kami kongsikan untuk
sidang pembaca sekalian.Layan…
1. Saya menulis artikel ini berikutan
pendedahan meluas yang diterima oleh sebilangan rakyat Malaysia disebabkan oleh
meletusnya isu kedudukan harta karun dalam bentuk jongkong-jongkong emas di
Pulau Nangka yang mencecah sehingga berbilion ringgit.
2. Emas atau harta karun bukan perkara baru kepada saya, cuma saya rasa
bertanggungjawab untuk mendedahkan serba sedikit mengenai kedudukan harta-harta
karun yang wujud di Tanah Melayu ini sesuai dengan peredaran zaman.
3. Saya tidak mahu menyentuh tentang kedudukan harta karun yang wujud sejak
dari zaman Nabi Sulaiman atau teknologi pembuatan emas oleh Nabi Musa,
sebaliknya artikel ini secara khusus akan menyentuh tinggalan emas atau harta
karun yang cuba dilarikan pihak penjajah khususnya Jepun.
4. Saya anggarkan bahawa tinggalan emas milik Jepun yang dikawal selia oleh
Harimau Malaya iaitu Jeneral Yamashita yang duduk di bawah organisasi Golden
Lily mencecah sehingga 6,000 tan emas di sekitar Tanah Melayu dan Sabah.
RIZAB EMAS NEGARA CIPUT
5. Sebagai bandingan, rizab emas Bank Negara Malaysia yang disimpan di bawah
bilik-bilik rahsia di bawah sungai Kelang hanya mencecah setakat 36 tan sahaja
pada tahun 2013. Satu jumlah yang sangat kecil dan boleh dimuatkan ke dalam
ruang simpanan sebuah kenderaan sebesar van Perodua Rusa.
6. Jumlah yang tidak memadai dengan gelaran yang diberikan kepada Tanah Melayu
iaitu Semenanjung Emas.
7. Sebagai perbandingan juga, Indonesia mempunyai rizab emas sebanyak 78 tan,
Singapura 127 tan dan negara-negara maju seperti China mempunyai kekuatan emas
berjumlah 1,054 tan dan Amerika Syarikat sebanyak 8,133 tan (dipercayai
sekarang sifar).
8. Jadi bayangkan kekuatan negara jika separuh dari jumlah 6,000 tan emas ini
boleh dicari dan dicairkan oleh Bank Negara Malaysia, kita mungkin menjadi
antara 8 negara terkuat di dunia jika memiliki lebih dari 1,000 tan emas dan
itu belum disokong oleh pelbagai rizab lain seperti bon dan simpanan tunai negara-negara
asing.
AKTIVITI GOLDEN LILY
9. Sehingga sekarang Golden Lily yang kononnya disangka sudah lenyap selepas
Jepun kalah dalam perang dunia kedua terus berusaha menghantar agen-agennya ke
Tanah Melayu dan Sabah berdasarkan peta-peta dan kod-kod yang dibawa pulang ke
negara mereka.
10.Mereka cuba memasuki negara ini sebagai para pelancung, pengembara, pencinta
hutan, peminat burung, melalui aktiviti scuba serta penawaran pembinaan
projek-projek bersifat insani, kemanusiaan dan pelbagai lagi.
11.Kementerian Pertahanan sepatutnya sudah mempunyai unit-unit khas yang
diletakkan di bawah arahan terus Panglima Angkatan Tentera (PAT) atau Panglima
Tentera Darat sendiri untuk tugasan negara ini.
12.Bukan satu perkara rahsia apabila Amerika Syarikat (AS) meneruskan aktiviti
mencari tinggalan emas-emas Jepun ini di darat mahupun di laut seperti yang
dibuat oleh kapal penyapu periuk api, USS Guardian di sekitar laut Sulu
sehingga kapal itu tersadai akibat terlanggar karang pada Januari 2013 lalu.
14.Saya yakin pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
mungkin sudah menduga mengenai aktiviti sampingan tentera AS yang memasuki
Filiphina atas latihan melawan terrorisme tetapi pada masa yang sama cuba
mendapatkan maklumat mengenai lokasi-lokasi simpanan emas Jepun ini.
15.6,000 tan emas yang dibawa masuk ke dalam Tanah Melayu oleh Jepun mempunyai
nilai sekitar RM600 bilion cukup untuk membebaskan hutan luar Malaysia.
16.Lebih kurang 60 peratus dari emas milik Jepun ini sebahagian besar adalah
rampasan dari emas-emas milik peribumi di Burma, Kemboja, Vietnam, Indonesia
dan sebahagian kecil pula merupakan pemberian dari Raja Siam sebagai perjanjian
persahabatan di antara Siam dengan Jepun agar empayar itu tidak menjajah negara
Gajah Putih itu.
17.Emas-emas ini dibawa masuk melalui Kelantan kemudian menyeberang Laut China
Selatan, bergerak ke kawasan Sabah sebelum diangkut oleh jaluran perkapalan
Jepun dipanggil Tokyo Eksprss dari Filiphina untuk dihantar ke Jepun.
18.Bagaimanapun keadaan suasana perang yang sangat merbahaya menyebabkan
Jeneral Yamashita menyembunyikan sebahagian besar dari emas-emas ini melalui
kecaian kecil dalam kelumpul 100 tan hingga 400 tan dalam setiap lokasi.
19.Sehingga ke hari ini, simpanan besar yang disembunyikan oleh Jepun ini
adalah di kawasan Bukit Ibam pada jumlah maksimum 1,000 tan dalam bunker-bunker
yang dikorek jauh ke dalam bukit.
ATM PERLU MAIN PERANAN PRO AKTIF
20.Saya dengan ini menyeru pihak Angkatan Tentera Malaysia mengambil berat
mengenai laporan-laporan perisikan khusus kepada penemuan-penemuan lokasi
bunker-bunker atau arkeologi penjajah ini dan tidak bergantung semata-mata
kepada maklum balas dari Kementerian Pertahanan United Kingdom yang kita semua
maklum tidak ikhlas dalam mendedahkan rekod-rekod mereka.
21.Sebagai rakyat yang patriotik terhadap negara, saya sendiri berasa pelik
mengapa tidak ada kepekaan dan minat yang tinggi dari pihak kerajaan khususnya
ATM untuk meneruskan pencarian emas-emas ini yang disimpan di bawah kompleks
lapangan terbang penjajah yang kini ditimbus dalam tanah (lokasi : IKBN Dusun
Tua, Hulu Langat), sekitar kem-kem tentera milik penjajah di seluruh negara,
Gunung Pulai, Sandakan, Labuan, Gombak Batu 15 dan banyak lagi tempat.
Salah satu kawasan yang dikatakan menyimpan harta karun |
22.Saya berharap supaya PAT sekarang ini iaitu
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak memandang remeh dengan laporan yang
saya buat ini, saya mohon satu tindakan drastik untuk menyusun unit-unit yang
boleh diatur gerak serta keperluan lojistik yang bersesuian diberi untuk
membantu negara mengatasi beban ekonomi, beban sosial dan terutama beban
pertahanan dan keselamatan negara kita yang tercinta.
23.Saya fikir satu pasukan arkeologi seperti dari Muzium Tentera Darat boleh
dibentuk dan tanggungjawab unit ini diletakkan terus di bawah arahan dan
tanggungjawab PAT atau pun Panglima Tentera Darat sendiri.
24.Oleh kerana pencarian emas ini berkaitan dengan kedaulatan dan kedudukan
strategik negara, status kepada pasukan ini harus diberikan setimpal kalau
tidak, lebih kurang dengan mana-mana pasukan elit yang wujud dalam ATM.
25.Maksud saya, ia diberikan akses tanpa sebarang masalah birokrasi yang ketat
seperti penggunaan kenderaan lojistik, helikopter, kapal, kemudahan satelit dan
sebagainya.
26.Saya tidak tahu pasukan arkeologi tentera ini diletakkan di bawah siapa atau
unit mana tetapi saya melihat kelesuan dalam pembongkaran sejarah negara sama
ada oleh pihak tentera mahupun oleh muzium-muzium di bawah kementerian.
27.Untuk mengesan harta-harta yang boleh digunakan negara bukan satu usaha yang
mudah tetapi akan berjaya jika unit khas ini dengan diketua oleh seorang
pegawai arkeologi yang mahir dalam bidang pendudukan tentera Jepun, kod-kod
rahsia Golden Lily dan aspek keagamaan Shinto sangat penting untuk memahami
mentaliti Yamashita ketika mengarahkan emas-emas ini ditanam.
28.Saya berharap pasukan arkeologi ini bebas dari sebarang pengaruh politik dan
emas yang dicari akan diberi sepenuhnya untuk negara terutama dalam pembelian
senjata dan pertahanan di Sabah yang kini lesu dengan pelbagai peralatan yang
sudah rosak.
YAMASHITA ATAU HARIMAU MALAYA MASIH HIDUP
Yamashita merupakan seorang jeneral yang
digeruni suatu ketika dahulu
|
29.Kementerian Pertahanan dan agensi perisikan
seperti Bahagian Staf Perisikan Pertahanan harus bekerjasama dengan pasukan
arkeologi elit ini untuk menyiasat laporan-laporan tidak rasmi mengenai
watak-watak yang terkait dengan harta karun Yamashita.
30.Antaranya yang saya perolehi, apakah benar Jeneral Yamashita ada memasuki
negara ini sekitar beberapa tahun lepas sebelum beliau meninggal pada tahun
bulan Oktober 2010 atau 2011.
31.Saya difahamkan beliau memasuki negara ini dengan memakai identiti berbeza
dan tinggal di Jepun di bawah perlindungan Yakuza.
32.Sejarah yang dicatatkan oleh pihak berikat yang menang dalam Perang Dunia
Kedua sudah banyak menipu kita, tidak mungkin pemegang rahsia emas yang
bernilai berbilion dollar seperti Yamashita digantung mati dengan mudah atas
dakwaan jenayah perang.
33.Kerajaan khususnya ATM juga harus menyiasat dan memantau pergerakkan
ahli-ahli Yakuza di dalam negara sama ada mereka ini terkait dengan kumpulan
Golden Lily.
34.Saya fikir banyak pihak terlepas pandang apabila anak kepada mendiang
Jeneral Yamashita, memasuki negara ini dengan membawa berbilion bon sekitar
bulan Mac lepas.
35.Siasatan harus dibuat untuk melihat mengapa ahli lembaga pengarah Bank
Sakura itu
masih menaruh minat dengan Tanah Melayu, adakah beliau menyimpan amanat-amanat
rahsia untuk mencungkil kembali emas-emas ini keluar melalui
pembelian-pembelian tanah yang kita sendiri tidak tahu kandungan di dalamnya.
36.Menurut laporan tidak rasmi, terdapat lebih
kurang 60 tapak atau lebih dari 1,000 tapak yang disyaki mempunyai emas sama
ada milik Jepun atau Inggeris di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
37.Saya berharap pihak Kementerian Pertahanan atau ATM akan menyambung semula
projek arkeologi di tapak IKBN Dusun Tua yang mengandungi hangar, kompleks
bawah tanah dan bangkai-bangkai kapal terbang Jepun yang membawa emas yang
tertimbus di dalam tanah.
Tapak istana sultan selangor yang kini
merupakan IKBN Dusun Tua dipercayai menyimpan khazanah raja-raja melayu
Akses ke bilik bawah tanah di IKBN Dusun Tua
kini dipenuhi air panas
Batu tanda yang ada di IKBN Dusun Tua
memaparkan beberapa kod jepun yang tidak dapat difahami
|
38.Kawasan IKBN Dusun Tua yang terbahagi kepada
dua zon sejarah iaitu 1. kawasan tapak istana Kesultanan Selangor dan 2.
kawasan kompleks bawah tanah tentera Jepun yang dikawal selia agen Golden Lily
mengandungi sekurang-kurangnya 400 tan emas yang bernilai berpuluh bilion
ringgit.
39.Saya difahamkan projek ini telah dimulakan sekitar tahun 2000 dahulu tetapi
dihentikan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
40.Saya berharap dengan kerajaan melalui ATM memandang serius pandangan saya
ini kerana emas-emas yang dianugerahkan Allah Taala adalah untuk kegunaan
pemerintah Islam dan tidak mungkin boleh digunakan oleh orang lain.
Artikel dipetik daripada:
militaryofmalaysia.net
Post a Comment Blogger Facebook