Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: Vape Bakal Diharamkan Seluruh Negara?
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
Vape bakal diharamkan seluruh negara? Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua negeri turut mengharamkan pengunaan dan penjualan...
Vape bakal diharamkan seluruh negara? Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua negeri turut mengharamkan pengunaan dan penjualan berkaitan dengan Vape.

Selepas Johor mengharamkan Vape, kini Kerajaan negeri Kelantan turut sama mengharamkan penjualan Vape dinegeri tersebut. Sehingga kini tiada bukti menunjukkan Vape itu selamat untuk diguanakan.

Mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan, amat wajar penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan. Cecair kimia yang digelar flavor juga tidak ditentu sahkan keselamatanya.

Baru-baru ini, negara jiran Singapura juga turut mengharamkan rokok eletronik/ vape ini. Susulan Johor mengharamkan vape, Singapura juga berbuat demikian seolah olah menyatakan sokongan kepada Johor.

Netizen bagaiamanapun kebanyakan menyokong langkah yang diambil oleh Johor dan Kelantan dalam menangani isu vape ini, namun ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana rokok masih lagi dibenarkan penjualanya, mereka berpendapat rokok hendaklah turut sama diharamkan jika faktor kesihatan diambil kira.

Justerus itu, CAP menyeru semua negeri termasuk Pulau Pianng mengharamkan jualan vape tersebut.

Update pada 18 /12/15

Berikutan dua negeri telah mengharamkan penjualan Vape, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga telah mengharamkan pengunaan Vape. DBKL akan menjalankan operasi bagi memastikan tiada penjualan Vape dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top