Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: John Titor: Manusia Dari Masa Hadapan?[Kisah Benar]
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
Pada awal tahun 2001, dunia internet telah dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai manusia dari masa hadap...
Pada awal tahun 2001, dunia internet telah dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai manusia dari masa hadapan. Dakwaan bahawa John Titor datang dari masa hadapan pada mulanya diragui namun setelah dia melampirkan beberapa dokumen yang boleh dikatakan agak ‘valid’,kisah ini menjadi bualan hangat di seluruh dunia pada ketika itu




Kisahnya bermula di forum internet ArtBell BBS pada Januari 2001. John Titor dengan nama forumnya ‘TimeTravel_0′ mula aktif melakukan ‘post’ di forum berkenaan. Kali terakhir Titor dilihat aktif di forum internet tersebut adalah pada bulan Mac 2001. Jadi, sepanjang tempoh dua bulan terbabit, pelbagai post dan gambar-gambar menarik perhatian ramai telah di ‘upload’ oleh Titor.
Namun, disebabkan masalah teknikal, beberapa ‘thread’ di forum tersebut telah ‘corrupted’ dan ‘thread’ di mana Titor bercerita mengenai ‘dunia masa hadapannya’ juga telah hilang.

Blueprint mesin masa yang bertarikh March,2034 yang di muat naik oleh Titor




Namun, beberapa pelawat aktif di forum tersebut, sempat menyimpan segala gambar-gambar yang telah di’post’ oleh Titor ke dalam komputer mereka.Tak lama kemudian,gambar tersebut telah tersebar dan kisah mengenai John Titor menjadi viral sehingga mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat terutama warga Amerika ketika itu.








Apa yang telah diceritakan oleh John Titor sepanjang penglibatannya di forum tersebut sehingga menarik minat ramai untuk mengikuti ceritanya?? Titor mendakwa dirinya merupakan seorang Tentera Amerika datang dari tahun 2036, yang telah ditugaskan untuk menjalankan satu projek rahsia kerajaan yang diberi nama ‘Time-Travel Project’. Bagi melaksanakan tugasan ini, Titor telah di’hantar’ balik ke tahun 1975 bagi mencari sebuah komputer model IBM 5100 bagi menyelesaikan masalah ‘bugs’ untuk semua komputer pada tahun 2036. Menurutnya lagi, sebab mengapa dia telah ‘dipilih’ untuk menjalankan projek rahsia ini adalah kerana datuknya merupakan salah seorang programmer yang bertanggungjawab dalam ‘programming’ model IBM5100 itu. Dalam perjalanan ke tahun 1975, dia ‘singgah’ di tahun 2000 atas sebab peribadi untuk mengambil gambar-gambar lama miliknya yang telah hilang di dalam perang civil (masa hadapan) dan juga bertujuan untuk berjumpa ahli keluarganya.








Titor juga telah memberi amaran kepada semua pihak berkenaan ancaman wabak penyakit ‘Creutzfeldt–Jakob disease‘ yang menurutnya tersebar melalui produk daging dan kebarangkalian terjadinya perang sivil di Amerika. Di dalam forum terbabit juga Titor telah ditanya oleh forumer yang lain berkenaan UFO. Menurutnya, misteri berkenaan UFO juga masih belum terjawab ketika tahun 2036 namun pada pandangan beliau, UFO mungkin penduduk masa hadapan(jauh lebih ke hadapan berbanding ‘masa hadapan’ Titor) yang ‘kembali’ ke masa lampau dengan menggunakan mesin masa yang jauh lebih canggih & bertenaga. Kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan. Namun, kemungkinan itu tetap ada kerana manusia akan berkembang dari segi pemikiran mengikut peredaran waktu. Tidak mustahil mesin waktu dapat dicipta pada waktu itu sebagaimana ‘tidak mustahilnya’ kapal terbang dicipta yang pada mulanya dianggap karut oleh manusia pada zaman lampau. Benar? Wallahualam.

Advertisement

 
Top