15 Januari 1947-satu tarikh yang telah menggemparkan seluruh
Los Angeles pada ketika itu. Elizabeth Short(29 July 1924-15 Januari 1947) atau
lebih dikenali sebagai “The Black Dahlia” telah ditemui mati dalam keadaan
cukup mengerikan. Badannya telah dipotong dua hingga ke paras pinggang,
mulutnya telah dirobek hingga ke telinga dan ususnya telah di sumbat ke lubang
dubur.
Mayat Short telah ditemui oleh Betty Bersinger di Leimert
Park yang ketika itu sedang ‘makan angin’ bersama anak perempuannya. Pada
mulanya dia menyangkan ia hanyalah sebuah patung model yang telah rosak. Namun,
setelah mengamati dengan lebih dekat, Betty menyedari bahawa ia adalah mayat di
mana anggota badan atas telah bercerai dari anggota bawah.
Foto yang diambil LAPD yang menggambarkan betapa ngerinya keadaan mayat |
Bagi menghangatkan lagi berita mengenai kematian ngeri ini,
wartawan daripada Los Angeles Examnier telah menghubungi ibu Short, Phoebe
Short, dan memberitahu bahawa Elizabeth Short telah memenangi pertandingan
kecantikan. Setelah ‘mengorek’ sebanyak mungkin maklumat daripada ibu Short,
barulah mereka memberitahu hal yang sebenarnya kepada si ibu. Selang beberapa
hari kemudian, terpampang di dada akhbar tajuk-tajuk hangat berkenaan kematian
Short seperti “The black tailored suit Short was last seen wearing became a
tight skirt and a sheer blouse”, “Black Dahlia” dan “Prowled Hollywood
Boulevard”.
Dalam operasi polis mencari pembunuh sebenar “The Black
Dahlia”, seramai 60 suspek telah mengaku membunuh Short. Dalam jumlah itu, 25
suspek telah diketepikan atas alasan mempunyai masalah mental.
Teori yang mengatakan Short merupakan seorang pelacur kelas
atasan telah tersebar.Sebelum kematiannya, Short dikatakan telah mengadakan
hubungan seks dengan beberapa lelaki dan salah seorangnya adalah pegawai polis
Chicago yang merupakan salah seorang daripada suspek pembunuh
Short.Namun,laporan bedah siasat membuktikan sebaliknya.’Kemaluan’ Short
dilaporkan berada dalam keadaan “infantile genitalia” atau dalam bahasa
mudahnya tidak normal dan adalah mustahil untuk seorang yang mempunyai
‘kemaluan’ sebegitu untuk menjadi pelacur dan Short juga dilaporkan tidak
pernah mengandung.
Kini setelah hampir 70 tahun kematian Short,pembunuh sebenar
masih belum diberkas.Walaupun terdapat ramai suspek,pihak polis tidak mempunyai
bukti yang kukuh bagi mengaitkan mereka dengan kes kematian kejam ini.Short
telah dikebumikan di Mountain View Cemetery, Oakland California.Ibunya,Phoebe
Short dikatakan telah berpindah ke sebuah rumah yang berdekatan dengan kubur
Short.
Kubur short di Mountain View Cemetery |
Misteri “The Black Dahlia” ini telah diadaptasi ke dalam
beberapa buah filem dan drama Hollywood seperti “Spooky Little Girl”. Di dalam
drama tersebut, Short digambarkan telah dibunuh ketika menjalankan pemeriksaan
gigi. Dia telah disuntik sejenis dadah pelali sebelum tubuhnya dipotong.
Pembunuh telah merobek mulut Short sehingga ke telinga |