Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: Geng Myvi Berlumba Punca 3 Beranak Termasuk Bayi Maut
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 12:30 malam tadi ini menyaksikan 6 biji Myvi sedang berlumba dan telah melanggar sebuah Pajero. ...

Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 12:30 malam tadi ini menyaksikan 6 biji Myvi sedang berlumba dan telah melanggar sebuah Pajero. Nahas tersebut menyebabkan ketiga-tiga beranak termasuk bayi yang ada di dalam Pajero tersebut tercampak keluar dan meninggal dunia.






Salah seorang saksi yang dikenali sebagai Syafiq Rosli yang juga pemilik gambar-gambar viral semasa di tempat kejadian menulis kenyataan berikut di halaman Facebook miliknya;


"Mohon Viral. Kemalangan maut berlaku jam 12-1 pagi (lebih kurang) , 2 Mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara. Kejadian berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport yang menyebabkan Pajero itu terbalik dan penumpang tercampak keluar. Dikhabarkan satu pasangan (lelaki dan perempuan) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia. (Mangsa Pajero Sport)


Mohon sesiapa yang kenal 5 buah Perodua Myvi (1 dah kene tahan) dari Myvi Familia Club yang terlibat dengan insiden untuk serah diri ke Balai Polis berhampiran".








Seorang saksi lain pula menulis;



"Saya ad masa kejadian. ramai saksi yang myvi ni BERLUMBA. JANGAN NK TEGAKKAN BENANG YANG BASAH. JANGAN CAKAP MYVI NI TAK BERLUMBA. NYARIS PEMANDU TAK KENA BELASAH DENGAN AHLI KELUARGA MANGSA YANG MENINGGAL. SAMPAI NENEK DAN EMAK MANGSA DATANG KE TEMPAT KEJADIAN. MAK MANGSA PENGSA DISITU MELIHAT ANAKNYA MENINGGAL DUNIA DITEMPAT KEJADIAN. TERIMA KASIH"


Kejadian seperti ini jelas adalah kesan daripada sikap segelintir pemandu yang biadap dan terlalu bangang tidak sekolah. Kami tak salahkan jenis kereta, kelab apa dan sebagainya, tapi sikap 6 orang pemandu Myvi ini nyata perbuatan biadap yang akhirnya meragut nyawa keluarga yang tidak bersalah.






Advertisement

 
Top