Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya pada 1989, 27 Syuhada.
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
Admin semalam selepas tengok perlawanan Liga Super kat TV3 menonton rancangan tv3 iaitu slot Tragik. Kisah yang dipaparkan merupakan kis...
Admin semalam selepas tengok perlawanan Liga Super kat TV3 menonton rancangan tv3 iaitu slot Tragik.

Kisah yang dipaparkan merupakan kisah kebakaran sekolah asrama perempuan atau lebih dikenali dengan Pondok Pak Ya. Kebakaran ni dikatakan terburuk pada ketika itu. Admin pada masa tersebut belum lahir lagi, jadi sah-sah la tak tau..dan admin tak tahu peristiwa ni sehinggalah semalam selepas menonton slot Tragik di TV3.

Dilaporkan, seramai 27 pelajar perempuan telah rentung ekoran kebakaran tersebut. Kebakaran tersebut berpunca daripada dapur tempat memasak. Pondok tersebut dibuat daripada kayu, jadi memang senanglah api merebak. Jabatan Bomba dan Penyelamat tak jauh dari tempat kejadian tu, kira-kira 7KM. Bomba mengambil masa 30 minit untuk mengawal api.
Pihak polis terpaksa menunggu hari cerah untuk membuat operasi mencari dan menyelamat kerana kekurangan peralatan dan keadaan sangat gelap.


Tragedi itu mendapat liputan yang sangat meluas oleh media dan membuka mata semua pihak, hasilnya perubahan yang besar dilakukan kepada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al Halimiyyah (Pondok Pak Ya), ramai pelajar berdaftar ke situ dan prasarana bertambah baik. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa pelajar cedera badan dan masih ada lagi sehingga kini. Peristiwa ini saban tahun diingati oleh sanak saudara mangsa.








Ini adalah keadaan Pondok Pak Ya sekarang




Advertisement

 
Top