Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin
mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu.
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland mula
dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah
singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di
sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala
Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara
berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24
buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama
Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang
mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan
para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat
penggambaran di situ.
Pada 1984
Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang
yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air
gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain
itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah
tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta
kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang,
sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di
kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan
kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu
mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan
yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja
penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang
yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan
air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut
ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah
oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan
kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi
punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut
pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat
tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup
terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang
nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara
mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok
sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik
n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun,
saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu
10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran..
termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta
smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg
truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n
arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco..
kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal..
kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian..
kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh
sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi
da bese la..
Basikal Air Jadi Kenangan |
Van Company |
Ofis Taman Rekreasi |
Tempat Menunggu Bas |
sumber: http://penpatah.blogspot.com/
Post a Comment Blogger Facebook