Sedar atau tidak, sudah
12 tahun Sabi'ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon
meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan
Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu
fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.
Semalam di dalam
kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori Sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan
mulut ini bersuara "Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?". Tanya saya
kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah
sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi
ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari
A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita
abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk research pembunuhan kejam
itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.
Sebelum pemergian
arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon -
Spoon (1998), Spoon - Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah
meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika
itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter'best' dalam
sejarah industri muzik Malaysia.
Namun pada 25
Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar
menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang
kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir
dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di
kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di
bawah..
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini
berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya'cob dihadapkan ke tali gantung
pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu
namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas
lagi lihat pada link yang telah saya berikan.
Vokalis Spoon
pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih
tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap
arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti
selepas pemergian arwah.
Kes tersebut
menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat
menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research
yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang
bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga
rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!
Terdapat beberapa buah
album yang dihasilkan semasa arwah dalam kumpulan SPOOn,
Antaranya:
1. Album Spoon(1998),
antara lagu popular ‘Sepenuh hati’ dan ‘Rindu
serindu- rindunya’
2. Album
Kembali Merindu(1999), antara lagu popular ‘Memori sekuntum rindu’ dan ‘Ringgit
berjuta’
Album ke tiga
berjudul Kini(2001) yang dinyayikan Azlong adik kepada arwah Along dengan lagu hits nya
‘Memohon Diri’ dan ‘Kini’.
sumber: http://aniqbukhary.blogspot.com/