Penemuan mayat wanita
berpakaian baju tidur berlumuran darah menggemparkan penduduk Kondominium Prima
Setapak 2, Jalan Gombak, semalam.
Mayat
wanita tersebut ditemui di bawah sebuah kereta oleh seorang pengawal
keselamatan kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjalankan rondaan.
Susulan
penemuan ini, pengawal keselamatan tersebut segera menghubungi pihak polis.
Menurut
petikan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi
Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan pada jam
6.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.
Ketika
ditemui mangsa yang berusia sekitar 20-an terbaring dalam keadaan mengerikan di
bawah sebuah kereta model Proton Saga.
Siasatan
awal pihak polis mendapati penduduk kondominium berkenaan tidak mengenali
mangsa meskipun pengawal keselamatan mengesyaki mangsa tinggal di tingkat 11
bangunan kediaman tersebut.
Menerusi
siasatan yang dijalankan di rumah mangsa, pihak polis mendapati jeriji besi dan
pintu rumah terbuka namun tiada sesiapa dalam rumah berkenaan.
Hasil
pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan, anggota forensik turut menemui
peralatan menghisap dadah.
Menurut
Asmadi, mangsa dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG
pada lengannya.
Kini,
pihak polis masih giat menjalankan siasat lanjut berhubung insiden tersebut
termasuk meneliti rakaman kamera liter tertutup (CCTV).
Pengawal
keselamatan turut memaklumkan ada ternampak seorang lelaki dan wanita keluar dari
unit kondominium didiami mangsa dalam keadaan tergesa-gesa.
Susulan
itu, Asmadi memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian sama ada
mangsa ditolak jatuh dari tingkat 11 kediaman itu atau sebaliknya.
“Setakat
ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kes kematian mengejut (SDR).
Walau
bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kelibat individu lelaki
dan wanita yang didakwa dilihat oleh pengawal keselamatan mempunyai hubungan
dengan kes itu,” katanya.
Post a Comment Blogger Facebook