Safiq Rahim, pemain Kebangsaan |
Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata, keadaan Safiq itu akan diketahui hari ini selepas pihaknya menerima keputusan pemeriksaan fisio terhadap lutut pemain itu.
“Saya difahamkan Safiq mengalami kecederaan masalah ligamen di bahagian lututnya. Jika dilihat dari aspek prestasi, Safiq mungkin tidak dapat beraksi pada kejohanan itu nanti.
“Safiq mempunyai pengalaman dalam membawa kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010. Dia juga pakar dalam sepakan percuma, saya hilang kelebihannya di situ,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Dollah berkata, sekiranya skuad kebangsaan tidak dapat menggunakan khidmat Safiq, beliau masih mempunyai pilihan pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Badhri Radzi, Md. Hafiz Kamal serta Shukor Adan bagi posisi pertahanan. - Bernama
Post a Comment Blogger Facebook