KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia gah layak ke separuh
akhir, Piala AFF Suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 di
Stadium Nasional, malam ini.
Kemenangan itu, dengan dua gol pada minit-minit terakhir masa
tambahan, membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat
dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.
Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq
Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra Mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal
tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).
Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan
kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.
Post a Comment Blogger Facebook