Patung Annabelle adakah benar-benar wujud?
Patung Annabelle itu memang wujud dan dikatakan berhantu. Perkara ini berlaku lewat 70-an dan hingga sekarang patung tersebut masih lagi disimpan dengan baik diWarren Occult Museum dan pelawat dilarang keras membuka atau menyentuh patung tersebut. Satu-satunya mmuzium artifak rumah berhantu dan benda-benda mistik yang dikumpulkan dari banyak tempat berhantu selama lebih dari 50 tahun.Perkara ini dinyatakan sendiri oleh penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren didalam buku Demonologist. Kadang- kadang masih ada laporan tiap minggu, secara tiba-tiba boneka Annabelle berupaya berpindah ke tempat-tempat yang aneh.Sejarah Patung Annabelle(Berdasarkan Movie)
Lewat tahun 70 an, seorang ibu membelikan anaknya patung Raggedy and Doll dari hobby store sempena hari lahir anaknya. Pada masa itu, anaknya seorang pelajar kolej kejururawatan sudah semakin hampir untuk memperolehi ijazah, Dia tinggal bersama kawannya Angie di pangsapuri kecil. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian die perasan sesuatu yang aneh telah berlaku.
Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi.
Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle tu dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. Tidak lama kemudian, penyiasat itu menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.
Post a Comment Blogger Facebook