![]() |
Madu Lebah |
Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
kelebihan madu adalah seperti berikut
Melegakan sakit tekak dan batuk
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurangkan kesakitan.Merawat luka dan cedera ringan
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan.Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Baik untuk sistem pencernaan badan
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.
Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan mengambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.
Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
Membersih dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kelebihan madu yang lain adalah seperti berikut
- Mengelak cacing perosak dalam perut.
- Menambah kelazatan makanan.
- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
- Mudah dan cepat diserap oleh badan.
- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
- Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
- Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
- Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit.
“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurangkan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.
Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.
Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.
Lelaki itu hanya mengambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.
Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.
Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.
Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Artikel Telah Disalin Kembali dari: http://www2.hmetro.com.my/
http://www.penawarlagenda.com/
Post a Comment Blogger Facebook