Khairul Anam Khairul Anam Author
Title: Bicara Kes Saman Ustaz Abdul Hadi: Mahkamah tetapkan tarikh pada 23 November
Author: Khairul Anam
Rating 5 of 5 Des:
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menetapkan 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta...





KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menetapkan 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim, Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak defendan (Abdul Hadi) memanggil saksi terakhir daripada akhbar Kosmo.

Perbicaraan kes hari ini menyaksikan kehadiran kali pertama Abdul Hadi ke mahkamah yang turut dihadiri ratusan penyokong Ahli Parlimen Marang itu.

Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya. Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang itu membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon untuk kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua AMK Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada PRU13 lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR itu dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Advertisement

Post a Comment Blogger

 
Top