BELUM pun surut konflik Shila Amzah dengan beberapa wartawan hiburan tempatan, timbul pula berita kurang enak mengenai pelantun Patah Seribu ini.
Secara tiba-tiba khabar angin mendakwa Shila Amzah digam
pihak televisyen di China bertiup kencang.
Insiden ini muncul apabila seorang peminat hiburan di forum
Cari mendakwa gosip itu berlegar dalam forum negara berkenaan (China).
Menjawab isu ini, bapa Shila iaitu ND Lala tampil menyangkal
dakwaan khabar angin yang tersebar mengenai anaknya itu.
“Bagi saya, semua orang mempunyai kebebasan untuk
berkata-kata. Contohnya ketika insiden MH370 tahun lalu, ramai orang kata Shila
tidak diterima di China sedangkan kami dilayan sangat baik. Begitu juga dengan
perkara ini.
“Kadang-kala orang yang menyebarkan perkara ini, mereka ada
agenda tersendiri. Lagipun perkara sebegini bukan perkara baru. Usaha yang
lebih terarah kepada perkara negatif ini sudah lama berlaku,” kata ND Lala.
Jelasnya lagi, pada Sabtu ini Shila akan bertolak ke China
bagi mengadakan persembahan di Beijing .
Post a Comment Blogger Facebook