Adakah Hang Tuah dan
Saudara-saudaranya betul-betul wujud pada zaman Melaka dahulu? Banyak sarjana
dan sejarawan hinggakan hari ini masih memperdebat kewujudan lagenda pahlawan
melayu ni. Kalau betul la kesahihan kewujudan Hang Tuah dan bersaudara
dipertikaikan, maksudnyer sejarah yang selama ni aku dan korang hadap adalah
tak betul. Banyak penyelewengan dari fakta sebenar telah berlaku tanpa
disedari. Terutamanya yang berkaitan dengan negeri Melaka. Pendongengan ini
jika tidak dibuktikan sebaliknya akan terus sampai kepada generasi akan datang dalam
keadaan kebingungan. Adakah sejarah puteri gunung ledang juga Palsu? Seorang
raja sanggup menumpahkan darah puteranya demi seorang wanita. Ye lah, dah Hang
Tuah tak wujud, bagaimana raja berkenaan mengarahkan Hang Tuah untuk pergi meminang
sang puteri tu?
Menurut prof sejarawan yang terkenal di malaysia, kisah Puteri
Hang Li Po dan Hang Tuah lima bersaudara tidak wujud. Ia adalah mitos dan kisah
yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain tanpa bukti sejarah
yang konkrit. Mengikut sejarawan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, sejarah Negara
kita sendiri menampakkan carca merba dan tunggang langgang, hasilnya kita tidak
menemui jati diri sebenar.
Hikayat Hang Tuah ditulis oleh
Tun Seri Lanang 100 tahun selepas kematian Hang Tuah, dalam tempoh 100 tahun
tersebut kemungkinan cerita Hang Tuah telah ditokok tambah sesedap rasa oleh
masyarakat sehinggakan hikayat yang disampaikan oleh Tun Seri Lanang itu tidak
tepat. Atau mungkin Tun Seri Lanang menulis hikayat dengan menambahkan
kesaktian yang dimiliki Hang Tuah dan saudaranya untuk hiburan masyarakat pada
masa tersebut. Tiada sesiapa dapat membuktikan kenyataan tersebut. Atau mungkin
juga Hang Tuah tidak pernah wujud dan wataknya hanya dicipta didalam hikayat
untuk disampaikan pada masyarakat keperluan/kepentingan mentaati seorang raja atau
ingin membuktikan kekuatan empayar kerajaan yang ada pada masa tersebut. Tiada
siapa yang dapat mengesahkannya. Terdapat juga yang mengatakan Hang Tuah mati
ditembak meriam kemudian jatuh kedalam laut semasa berperang dengan Portugis
diperairan selat Melaka.
Makan hang Tuah yang dikatakan
terletak di tanjung Keling Melaka juga mengikut kata orang dulu-dulu merupakan
makam seorang ulama. Cerita mengenai pertengkaran Hang Tuah dan Hang Jebat juga
dikatakan tidak pernah berlaku,sebaliknya pertengkaran itu melibatkan Hang Jebat
dengan Hang Kasturi sahaja. Rekod mengenai Puteri Hang Li Po pun tidak tercatat
pada era dinasti Ming. Jadi kewujudannya juga dipertikaikan.
Satu-satu kisah
sejarah itu haruslah disertakan dengan bukti yang tepat dan sahih untuk
direkodkan oleh ahli-ahli sejarah. Namun dalam kes neh kisah puteri hang li po,
hang tuah lima bersaudara dan beberapa kisah penting lain bagi sejarah melaka
tidak memiliki kesahihan dari segi bukti setelah kajian demi kajian di lakukan.
Maksudnya mereka dah menyelidiki benda neh sebelum keluar
statement. Itu pasal mereka sampai ke tahap nak tulis semula buku sejarah di
malaysia. Maknanya memang sahih lah kisah itu dongeng je. Antara alasan yang
prof beri ialah kisah puteri hang li po dan hang tuah lima bersaudara neh juga
tiada dalam catatan dalam kisah sejarah negara china.
Negara china yang kita tahu, ada penulis sejarah yang memang
gemar merekod dan menulis segala apa yang berlaku dalam tahun-tahun kehidupan
mereka. Oleh kerana kisah perkahwinan neh ialah kisah yang besar mustahil juga
tiada rekod berhubung perkara neh. Melainkan buku-buku sejarah telah dibakar
dan rekod lama terhapus sehingga tiada orang lagi ingat akan hal neh.
Ataupun mungkin juga nama-nama berbeza digunakan bagi
mengambarkan Puteri Hang Li Po dan Hang Tuah Lima Bersaudara. Namun, amat
mustahil pula prof dan para pengkaji sejarawan yang lain tidak memikirkan
kemungkinan2 seperti neh.
Apa pun, kita kini kena bersedia menerima bahawa Hang Li Po
dan Hang Tuah lima bersaudara tidak wujud. Hero kita Tuah dan Jebat sebenarnya
tidak pernah wujud. Ia mungkin diwujudkan bagi memenuhi keinginan dan impian
seseorang. Namun terdapat juga mengatakan Hang Lekir dan Hang Kasturi
betul-betul wujud.
Sama seperti terwujudnya superman. Superman wujud
kerana impian dan keinginan seseorang yang ingin dibantu dan membantu. Sehingga
superman dikormersilkan. Jika kita boleh mencipta hero palsu seperti superman
untuk mengisi keinginan jiwa, kenapa pula salah bagi masyarakat dulu mencipta
hero palsu seperti tuah dan jebat bagi mengisi masa?
Post a Comment Blogger Facebook