Hati perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh,
tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan
kita harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.
Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat.
Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Contohnya
fenomena lewat kahwin, maka dia akan
mengedepankan harapan – harapan positif dan menyingkirkan bayang – bayang
negatif.
Berikit adalah 5 kelebihan orang yang selalu
berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie
1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai
Cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai
cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara
di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia
miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang
tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata,
“Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”
Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita
buruk.
2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup
Fikiran positif akan membuat seseorang menerima
keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber
motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan
dalam keadaan apa pun.
Dia boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya,
namun dia memilih untuk mensyukuri apa
yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin atasnya.
Dia tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang dan
mencuba teguh berdiri menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepadanya. Dalam
konteks ini, memang akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan
kita.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk
mendengar cakap orang tentang keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan
itu, tidak akan membantu keadaan kita.
Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha
dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.
3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk
Menerima Saranan dan Idea
Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih
sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan
diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang
bermakna akan sangat kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul,
menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.
4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran
Negatif
Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan
membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk
peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang
menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak
mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan
menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.
5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki
Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita
lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita
tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci
maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang ada di tangan lebih bererti daripada apa
yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayangkan hanya akan menyisakan
harapan tidak berkesudahan, sedangkan
rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk mejadi hamba
Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesukuran hati dan tidak
mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah
sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.
Selalu sahaja ada nikmat yang tiada pada diri kita, dan selalu sahaja ada
kekurangan yang kita miliki.
Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini.
Berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah
seperti kita.
Post a Comment Blogger Facebook