Ok, ni citer pasal kwsp, dengar dengar, pengeluran KWSP mengikut umur wajib bersara, jika sekarang kerajaan lanjutkan umur persaraan ke 60 tahun, maka seharusnya duit KWSP boleh diambil bila umur mencapai 60 tahun,namun sehingga kini,pihak KWSP masih lagi menimbang perkiraan tersebut. Sehingga kini,umur 55 masih lagi diguna pakai untuk dibenarkan mengambil wang caruman KWSP.
KUALA LUMPUR - Pengeluaran penuh simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara idealnya perlu diseragamkan dengan umur persaraan minimum kerana simpanan berkenaan adalah untuk persaraan, demikian menurut KWSP.
Bagaimanapun, KWSP berkata, ia masih mengkaji perkara berkenaan dari pelbagai aspek secara terperinci termasuk mendapatkan maklum balas daripada ahli dan pihak berkepentingan yang lain.
"Oleh itu, pengeluaran umur 55 tahun kekal tidak berubah buat masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini. - Bernama
Post a Comment Blogger Facebook