Gambar ni dirakam secara tak sengaja oleh seorang kanak-kanak dan berlaku di Kuala Ibai.
Apa itu Penanggal?
Suatu masa dahulu,kebanyakan masyarakat melayu menganuti agama pagan sebelum kedatangan Islam ke tanah melayu. Para penganut agama pagan ini mempercayai bahawa setiap objek di muka bumi ini tidak kira sama ada yang bernyawa atau pun tidak,mempunyai ‘penjaga’ atau ‘tuan’.
Disebabkan hal inilah,kebanyakan masyarakat melayu terdahulu mengamalkan pembelaan makhluk-makhluk halus seperti hantu raya,penanggal,saka dan sebagainya. (Sebagai umat Islam,kita wajar berpegang teguh bahawa kesemua makhluk ghaib ini hanyalah jelmaan jin/syaitan)
Penanggal. Merupakan satu spesies hantu yang tidak memiliki populariti yang tinggi jika dibandingkan dengan ‘teman seangkatan’nya seperti hantu raya,pontianak dan pocong namun kewujudan hantu penanggal di Malaysia kini semakin menjadi buah mulut orang ramai.Pada awalnya, ramai menganggap ia hanyalah dogma atau mitos namun setelah ramai yang mendakwa terserempak dengan penanggal,kewujudan penanggal sudah mula diterima. Hantu penanggal kebiasaannya dipelihara oleh wanita dengan tujuan untuk menjaga harta dan memudaratkan musuh.Apa yang menggerunkan adalah si tuan yang membela penanggal mampu menjelma menjadi sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Darah ibu mengandung atau yang baru melahirkan anak menjadi makanan kegemaran si penanggal.
Penanggal Banyak didapati di Kota Belud, Sabah
Hasil kaji selidik kami mengenai hantu penanggal ini juga mendapati bahawa hantu penanggal ini banyak terdapat di daerah Kota Belud, Sabah..! Dan orang-orang Kota Belud tidak berani untuk menyebut nama ‘penanggal’ atau ‘balan-balan’ kerana dipercayai hantu penanggal ini akan mengganggu mereka yang menyebut atau memanggil namanya.
Ada juga pihak yang mendakwa bahawa penanggal ini seperti saka yang diturunkan kepada generasi seterusnya. Ada yang diperturunkan secara paksa atau mungkin juga secara rela. Anak atau cucu kepada tuan si pembela penanggal kadang-kadang tidak mengetahui bahawa diri mereka adalah penanggal kerana penanggal tersebut diperturunkan secara tidak rela oleh datuk/nenek/moyang mereka.
Sumber: http://www.waszap.com/
Post a Comment Blogger Facebook