"Saya juga menyeru anak-anak Kelantan tampil membantu KAFA mendapatkan pelbagai bentuk tajaan sedaya mungkin." - Tan Sri Annuar Musa |
KUALA LUMPUR: Cabaran mendapatkan dana yang mencukupi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 2015 adalah halangan utama yang terpaksa dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata kekurangan dana menyebabkan mereka mungkin tidak mampu bersaing dengan enam pasukan Liga Super lain yang dikatakan mempunyai kewangan yang agak kukuh bagi menghadapi musim baharu.
Enam pasukan itu adalah Selangor, Felda United FC, Johor Darul Ta'zim, Polis Diraja Malaysia, Pahang dan Terengganu.
"Saya berharap KAFA memilih jawatankuasa baharunya (pada) 15 Nov ini dari kalangan mereka yang mampu menyumbang dan turut mencari dana untuk KAFA.
"Saya juga menyeru anak-anak Kelantan tampil membantu KAFA mendapatkan pelbagai bentuk tajaan sedaya mungkin," kata Annuar dalam entri terbarunya dalam laman sosial Facebooknya, hari ini.
"Sama-sama kita berusaha cara kita sendiri dengan tabah agar yang berat sama
dipikulyang ringan sama dijinjing.. Demi Kelate kita," katanya.
Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beberapa pasukan tempatan telah diberi suntikan dana antara RM8 juta sehingga RM10 juta berbanding pasukan Kelantan yang tidak mempunyai peruntukan khusus menghadapi musim baharu Liga-M.
KAFA akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 15 Nov ini bagi memilih
ahli exco bagi penggal 2014-2018.
Post a Comment Blogger Facebook